Pelakon baharu, Sky Iskandar memaklumkan watak antagonis yang diberikan dalam filem prekuel Kahar: Kapla High Council adalah cabaran untuknya.
Ketika ditemui XTRA usai Malam Gala filem berkenaan, Sky atau nama penuhnya, Hadi Iskandar, 30, berkata, dia sedia menerima kecaman kerana wataknya itu.
Ini kerana, dia beranggapan bahawa sekiranya penonton berasa berang dengan lakonanya bermakna usahanya selama ini ‘menjadi’.
“Kalau ada org menyampah maknanya ia menjadi. Dan saya sedia menerima kecaman dengan hati terbuka.
“Saya ada membuat rujukan untuk membawakan watak antagonis. And it goes back to director himself.
“Lepas saya diberikan watak itu kami ada one on one session termasuklah berjamming idea dan saya rasa itulah ‘Megat’,” katanya.

Pernah Jadi Mangsa Buli
Melihat kepada kekuatan karakter yang dibawa, Sky mengaku pernah menjadi mangsa buli ketika kecil termasuklah mengalami trauma.
Namun, enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dia bagaimanapun percaya setiap individu pernah berdepan isu sama namun berbeza situasi.
“Buli dan mengalami trauma tu normal sebab dia akan ikut kita.
“Dan saya rasa for few years benda tu akan berikan kesan kepada kita. Different people, different effects.
“But, Alhamdulillah, for me i manage to move on and go ahead,” jelasnya.
Sebagai seorang yang pernah berdepan situasi itu, Sky sempat menitipkan pesanan agar individu yang mengalami nasib sama sepertinya memilih untuk berada dalam kalangan orang-orang yang positif.
Selain, memilih kebaikan dan melayan orang dengan adab dan kerendahan hati.
“Saya rasa at the end of the day, surround yourself dengan orang yang baik dan percaya pada diri sendiri dan what you have and you can give to the world.
“Saya tak boleh nak speak untuk orang lain sebab orang lain punya experience berlainan.
“Apa yang saya boleh katakan adalah, saya harap orang lain boleh choose kebaikan. Choose to treat people with kindness,” ujarnya.




