am@hmetro.com.my,
Kuala Terengganu: Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah penduduk yang terjejas kini meningkat kepada 41,409 mangsa daripada 11, 247 keluarga malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana negeri memaklumkan, semua mangsa banjir kini berlindung di 311 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri ini.
Sehingga jam 8 malam ini, katanya, daerah Besut masih mencatatkan mangsa tertinggi iaitu seramai 15,984 daripada 4,260 keluarga dan berlindung di 121 PPS.
“Jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu adalah seramai 6,652 mangsa daripada 2,090 keluarga dan menghuni di 62 PPS.
“Seramai 6,470 mangsa daripada 1,723 keluarga berlindung di 50 PPS di daerah Setiu, manakala di daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa seramai 5,776 daripada 1,481 keluarga di 41 PPS,” katanya.
Menurutnya, seramai 2,277 mangsa daripada 630 keluarga berlindung di 14 PPS di daerah Kemaman, 1,214 mangsa daripada 316 keluarga (Kuala Nerus) dan 2,243 daripada 541 keluarga (Kuala Terengganu)
“Selain itu, 793 mangsa daripada 206 keluarga berlindung di lapan PPS di Marang,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
