Zara Zya Bengang Difitnah Bernikah Di Thailand | Oh! Media

Zara Zya Bengang Difitnah Bernikah Di Thailand | Oh! Media

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila difitnah kononnya sudah bernikah secara senyap di Thailand.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan mencalarkan reputasinya sebagai selebriti.

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER 2023 – Majlis pelancaran single bertajuk Cinta Agung bersama pelakon, Zara Zya.Sidang media ‘Transformasi Dato’ Sri Alha Alfa’ di Publika hari ini.
/ M Firdaus M Johari

Saya kecewa dan kesal apabila tuduhan seperti ini semakin berleluasa. Ia sangatlah tidak berasas, dan memang tak betul.- Jelasnya di laman Threads pada Isnin.

Zara turut berkongsi bahawa fitnah tersebut sampai kepadanya melalui kenalan rapat. Lebih mengejutkan, individu terbabit mendakwa memiliki sijil nikah sebagai bukti perkahwinan tersebut.

Namun perkara ini semakin serius selepas individu berkenaan mendakwa kononnya memiliki bukti sijil nikah kami di Thailand.- Tambahnya lagi.

Zara mengakui isu ini telah mengganggu emosinya dan dia kini bersedia untuk bersemuka dengan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut bagi membersihkan namanya.

BACA: Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya

Untuk saman itu tidaklah tetapi saya nak bersemuka dengan individu tersebut dan tanya sendiri apa motif dia berbuat sebegitu. Saya nak nama saya kembali bersih.- Katanya tegas.

#OhmediaNasihat

Hati-hati menyebarkan sesuatu yang belum tentu benar. Fitnah bukan sahaja mencemarkan nama seseorang, malah boleh memusnahkan kehidupan mereka. Sebaiknya, kita lebihkan menyebar kebaikan dan bukan keburukan.


Scroll to Top