UTAR anjur Hari Terbuka

UTAR anjur Hari Terbuka

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan menganjurkan Hari Terbuka pada bulan ini di dua kampusnya iaitu dekat Kampar, Perak dan Sungai Long, Kajang, Selangor.

Pengarah Bahagian Program Promosi UTAR Ir Dr Lim Jee Hock berkata, program itu akan diadakan di kedua-dua kampus berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang pada 7 dan 8 Disember serta 14 dan 15 Disember depan.

Menurut Lim, pelbagai aktiviti akan diadakan sempena program berkenaan sebagai pengisian buat yang hadir antaranya ceramah, taklimat biasiswa dan bantuan kewangan, lawatan kampus serta bengkel bimbingan kerjaya.

“Penuntut dan ibu bapa juga berpeluang menerokai persekitaran kampus UTAR yang kondusif dan berinteraksi dengan ahli akademik serta kaunselor program yang berpengalaman.

“Selain itu, pelbagai manfaat ditawarkan termasuk yuran pendaftaran serendah RM313, peluang mendapatkan biasiswa sehingga 100 peratus pinjaman pelajar tanpa faedah 0 peratus.

“Geran pengajian untuk adik-beradik dan ibu bapa alumni juga disediakan serta tiada

yuran permohonan dikenakan,” katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan lanjut mengenai program Hari Terbuka UTAR boleh melayari laman web rasmi UTAR di study.utar.edu.my atau menghubungi talian 016-2233557 atau 018-9722100.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top