Isteri kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail bersyukur apabila cucu kesayangannya, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dianugerahkan sebagai ‘Player Of The Year’ dari Kelab Bola Sepak, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Patimah memuat naik semula hantaran anaknya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof beserta ucapan penghargaan buat pelakon, Puteri Sarah.
Katanya, dia berterima kasih diatas didikan sempurna yang diberikan buat cucunya itu.
“Terima kasih kepada Puteri Sarah Liyana (PSL) atas didikan yang sempurna kepada Syaikul Islam Mohd Syamsul,” tulsinya pada kapsyen berkenaan.

Manakala, Syamsul sebelum ini turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian yang diraih anak sulungnya itu.
“My son got the best soccer ‘Player Of The Year’ award from Kuala Lumpur FC.
“Ayah dan semua ahli keluarga sangat bangga dengan Syaikhul Islam. Alhamdulillah,” katanya.




