Bekas anggota kumpulan Dolla, penyanyi Syasya Rizal tampil menyanyikan lagu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Cinta Padamu versi dangdut yang kembali ‘trending’ di media sosial.
Menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata sejak berbadan dua dia kadang kala terlupa bahawasanya pernah aktif menyanyi dahulu.
“Sejak pregnant ni, sometimes I forgot that I used to sing all the time. Sekarang dah mengah,” katanya di kapsyen.
@syasya.rzl Sejak pregnant ni, sometimes I forgot that I used to sing all the time bahaha sekarang dah mengah 😭
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja apabila akhirnya dapat mendengar kembali Syasya menyanyi.
Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta agar Syasya kembali aktif menyanyi, meskipun solo.
“Lepas beranak nanti comeback lagu solo,” kata netizen.
“Rindu sangat nak dengar suara Syasya,” tulis netizen lain.
“Mengah mengah pun suara macam puteri gunung ledang, sedap… Rindunya nak dengar,” kata netizen.

Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dilla atas sebab peribadi.
Susulan itu, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu dan kini sedang menanti kehadiran anak sulung selepas memaklumkan berbadan dua pada September lalu.
Artikel Berkaitan: Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla
Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Ketika Menaiki Motor, Syasya Rizal Kongsi Keajaiban Baca Doa Sebelum Keluar Rumah – “Masa Tu Saya Fikir Pasal Kandungan Saja”




