Rosmah Mansor Bebas 17 Tuduhan Ubah Wang Haram, Elak Cukai Bernilai Lebih RM7 Juta

Rosmah Mansor Bebas 17 Tuduhan Ubah Wang Haram, Elak Cukai Bernilai Lebih RM7 Juta

Istei kepada mantan Perdana Menteri Ke 7, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu Datin Rosmah Mansor hari ini dibebaskan daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memetik laporna Berita Harian, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan.

Permohonan membatalkan kesemua tuduhan itu dibuat Rosmah pada September 2023 dan perbicaraan dimulakan pada 12 Disember tahun lalu.

Rosmah mengaku kualiti hidup terjejas

Rosmah dalam permohonannya sebelum ini berhujah, kualiti hidupnya terjejas akibat ketidakadilan prosedur dalam kes itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan semua tuduhan adalah sah di sisi undang-undang dan mengandungi maklumat mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa, sekali gus membolehkan beliau menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

Pada 23 Ogos lalu, peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, turut bersetuju tetapi menyatakan proses dokumentasi masih pada peringkat akhir sebelum perintah mahkamah dapat diteruskan.

Pada 13 Disember tahun lalu, Rosmah mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Representasi biasanya dilakukan untuk memohon penarikan balik atau pengurangan pertuduhan terhadap tertuduh.

Rosmah sebelum ini mengemukakan dua permohonan seumpamanya, masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos, yang belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Oktober 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top