Hadir bagi prosiding kes memiliki dadah disyaki ganja milik suaminya di Mahkamah Sepang pagi ini, isteri kepda pelakon dan pelawak Along Cham iaitu, Afreena Suhaimi mengaku perlu kuat untuk menghadapi situasi yang berlaku.
Kata Afreena, dia akan terus berjuang dan kuat demi anak-anak.
“Sudah tentu saya akan penat dengan situasi ketika ini, tapi saya perlu kuat untuk anak-anak.
“Macam mana sekali pun, saya perlu menjalani situasi ini. Isteri mana yang tak susah hati,” katanya.
Memetik laporan OhBulan! Afreena berjanji akan sentiasa memberikan semangat buat Along sekaligus akan berjuang mempertahankan hak suaminya.
“Saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama.
“Saya akan berjuang dengan dia dan akan mempertahankan hak dia. Dia tetap suami saya dan akn sentiasa bersama dengannya,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Along Cham mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis.
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis
ARTIKEL BERKAITAN:Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Direman 5 Hari, Disyaki Miliki Ganja
Sebelum ini, Afreena menerusi sesi siaran langsung di Instagram menjelaskan tentang keadaan sebenar ketika kejadian berlaku sekaligus mendakwa bahawa suaminya itu menjadi mangsa penganiayaan.
Sumber: Ohbulan, TikTok




