Peniaga sukar dapat bekalan kelapa sejak dua minggu lalu

Peniaga sukar dapat bekalan kelapa sejak dua minggu lalu

am@hmetro.com.my

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kenaikan harga kelapa yang mendadak di pasaran negeri ini sejak dua minggu lalu.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, ia dikenal pasti menerusi tinjauan di beberapa pasar.

“Tinjauan CAP mendapati harga kelapa naik secara berperingkat daripada RM2 kepada RM2.50, dengan kelapa bersaiz besar mencecah RM3.30 setiap satu.

“Kenaikan harga kelapa juga menyebabkan harga santan meningkat daripada RM12 kepada RM14 sehingga RM15 sekilogram.

“Manakala harga kelapa parut pula naik daripada RM8 kepada RM11 bagi setiap kilogram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohideen berkata, peniaga mendakwa masalah itu bermula apabila bekalan dari negara lain terhenti.

Menurutnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta menjalankan siasatan terhadap kenaikan harga ini.

“Ia menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kekurangan bekalan pada masa akan datang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top