Kit baru Djokovic suntik semangat harungi musim 2025

Kit baru Djokovic suntik semangat harungi musim 2025

Sydney: Novak Djokovic, yang dijadualkan untuk bersaing di Terbuka Australia 2025, akan mengenakan kit Lacoste di kejohanan itu.

Pemain berusia 37 tahun ini akan memulakan musim 2025 dengan menyertai Kejohanan Antarabangsa Brisbane, diikuti dengan pertandingan di Terbuka Australia yang dijadualkan dari 12 hingga 26 Januari 2025.

Kit yang akan dipakai oleh pemain dari Serbia ini tular di media sosial sepanjang tempoh minggu ini.

Gambar yang dikongsikan menunjukkan reka bentuk kit pemain itu dengan t-shirt berwarna biru dan jalur hitam, disertakan dengan logo Lacoste di sebelah kiri.

Selain t-shirt, jaket zip dan seluar dengan warna yang sama namun dengan cetakan hitam juga menjadi sebahagian daripada kit Novak Djokovic.

Djokovic menamatkan musim 2024 selepas beraksi di Kejohanan Akhir Piala Davis. Sebelum itu, dia turut menyertai Six Kings Slam di Riyadh, di mana dia bertemu dengan Rafael Nadal dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan memenangi perlawanan itu dengan keputusan 6-2, 7-6(5).

Djokovic juga mara ke final Shanghai Masters selepas menewaskan beberapa pemain seperti Alex Michelsen, Flavio Cobolli, Roman Safiaullin, dan Jakub Mensik.

Di final, dia bertemu Jannik Sinner yang menewaskannya 7-6(7), 6-3. Ketika ini, Djokovic sedang dalam musim rehat dan bersiap sedia untuk memulakan tahun tenis 2025.

Dia juga dijadualkan memulakan musimnya dengan bersaing di Kejohanan Antarabangsa Brisbane, yang bermula pada 27 Disember dan berakhir pada 5 Januari 2025.

“Tak sabar untuk merasai sokongan hebat daripada peminat Australia” kata Djokovic mengenai penyertaan di Kejohanan Antarabangsa Brisbane.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top