Brownhill nafi ada pertalian darah dengan Malaysia

Brownhill nafi ada pertalian darah dengan Malaysia

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat melihat ketua pasukan Burnley, Josh Brownhill menyarung jersi Harimau Malaya tidak kesampaian apabila pemain itu menafikan spekulasi bahawa dirinya mempunyai kaitan mahupun pertalian darah bersama Malaysia.

Pemain berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya adalah berbangsa Inggeris dan tiada kaitan dengan negara lain.

“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satu kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula tetapi saya perlu jelaskan tetapi saya ucapkan terima kasih kepada sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya menerusi Instagram rasmi miliknya.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan perkara yang sama apabila mengambil tindakan tepat terus berhubung dengan pemain itu di Instagram untuk meminta dirinya menafikan perkara itu.

Ia terjadi selepas ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan pasukan negara dengan harapan dia akan menjadi pemain yang mewakili Malaysia dalam selepas ini.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu sudah pasti mencetuskan pelbagai polemik dikalangan penyokong termasuk boleh menjejaskan karier Brownhill.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top