Memahami kepentingan sambungan yang boleh dipercayai dalam era ekonomi digital masa kini, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menerusi CelcomDigi Business memperkenalkan rangkaian penyelesaian sambungan tanpa henti khusus untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
Rangkaian itu termasuklah pelan Business Postpaid, Business Fibre dan Business 5G WiFi yang direka khas untuk memenuhi keperluan PKS.
Sebagai langkah memastikan operasi perniagaan tidak terganggu, pelan CelcomDigi Business Fibre kini dilengkapi penyelesaian sokongan 4G tanpa wayar.
Dengan harga bermula dari RM99 sebulan untuk pelan 100Mbps ke atas, ciri ini memastikan sambungan terus aktif dengan peralihan automatik ke rangkaian 4G jika berlaku gangguan fiber.
Ini membantu mengelakkan kemungkinan gangguan perkhidmatan yang boleh menjejaskan operasi perniagaan.
Bagi langganan pelan berkelajuan tinggi 300Mbps ke atas pula, penambahan seperti sistem mesh WiFi dan telefon desktop memberikan liputan yang lebih luas dan fungsi tambahan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan.
Dengan pelan CelcomDigi Business 5G WiFi baharu pula, peniaga kini boleh menikmati prestasi seperti fiber secara tanpa wayar melalui router mudah alih 5G premium dan CPE luaran.
Tanpa memerlukan pemasangan kabel fiber atau perubahan infrastruktur, pelan ini ditawarkan bermula dari RM79/bulan. Untuk perniagaan yang sentiasa bergerak atau ingin menyediakan sambungan ultra-pantas kepada pelanggan di mana-mana sahaja, peranti MiFi 5G mudah alih yang padat ini menawarkan internet tanpa had sehingga 32 peranti.
Hanya dengan RM59/bulan, ia menjadi penyelesaian mudah dan berpatutan untuk memastikan perniagaan terus terhubung.
CelcomDigi turut memperkenalkan pakej fleksibel untuk pengguna Business Postpaid untuk memudahkan peralihan kepada teknologi 5G.
Menerusi pelan ini, pelanggan boleh memilih antara satu telefon satu talian, tiga talian satu telefon atau pelan SIM sahaja dengan harga bermula RM40 sebulan.
Menariknya, pakej peranti fleksibel ini memberikan panggilan dan kelajuan 5G tanpa had sekali gus memenuhi keperluan komunikasi perniagaan masa kini.
Bagi memudahkan proses pendaftaran pelan dan pembelian peranti, CelcomDigi Business memperkenalkan E-Store khusus untuk PKS.
Platform layan diri ini memberi kemudahan PKS mendaftar pelan dan membeli peranti secara dalam talian.
Selain itu, menerusi platform digital yang memberi sokongan dan servis akaun 24/7, ia membolehkan peniaga lebih fokus pada operasi sambil menyesuaikan keperluan sambungan dengan lebih pantas.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran ini, layari CelcomDigi Business E-Store di https://sme.celcomdigi.com/.
© New Straits Times Press (M) Bhd




