“Jangan Pulang Malaya Dengan Mayat Saja” – Baby Shima Terima Ugutan Bunuh

“Jangan Pulang Malaya Dengan Mayat Saja” – Baby Shima Terima Ugutan Bunuh

Penyanyi Baby Shima mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali di media sosial. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Shima memuat naik komen ugutan berkenaan yang memintanya untuk berhati-hati jika ke Sarawak kerana ada musuh yang mensasarkan penyanyi itu.

“Hati-hati, musuh telah mensasarkan awak sekarang. Jangan pulang Malaya dengan mayat saja,” tulis individu berkenaan.

Susulan ugutan berkenaan, Baby Shima telah meminta kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bahagian Sarawak berkenaan perkara tersebut.

“Shima baru menerima satu ugutan bunuh dari orang sarawak, Mohon kerjasama polis sarawak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police)” tulisnya.


Scroll to Top