Kami Ikut MINHO SHINee Seharian Di Jakarta, Rupanya Ini Maksud Sebenar Rumah Pintar LG | Oh! Lifestyle – Oh! Media

Kami Ikut MINHO SHINee Seharian Di Jakarta, Rupanya Ini Maksud Sebenar Rumah Pintar LG | Oh! Lifestyle – Oh! Media

Kalau hari pertama di Jakarta kami dibawa menyelami dunia K-Wellness bersama Shin Ye Eun, hari kedua pula suasananya berubah 180 darjah.

Seawal pagi lagi, kawasan LG K House di Central Park Mall sudah mula dipenuhi peminat. Ada yang sanggup datang berjam-jam lebih awal, bawa lighstick dan slogan masing-masing.

Sebabnya hanya satu…

CHOI MINHO NAK DATANG!

Bagi peminat K-Pop generasi milenial, nama MINHO sememangnya tidak asing lagi. Sebagai ahli SHINee yang sudah lebih sedekad menempa nama dalam industri hiburan Korea, kehadirannya masih mampu membuatkan ruang legar CGV bergema dengan jeritan peminat.

Itulah yang kami saksikan sendiri apabila LG Malaysia menerbangkan media Malaysia ke Jakarta bagi mengikuti kempen LG K House.

Bila Rumah Pintar Bertemu Bintang K-Pop

Lg hadirkan lg k house bersama choi minh minho pada sesi opening housewarming by lg 2048x1366

Apa yang menarik, LG tidak sekadar membawa MINHO sebagai wajah kempen. Sebaliknya, beliau menjadi individu yang membawa kami “melawat” sebuah rumah moden yang dibina berasaskan ekosistem AI Home LG.

Sepanjang sesi tersebut, MINHO berkongsi bagaimana kehidupan sebagai pelakon dan penyanyi yang sentiasa sibuk membuatkan beliau menghargai teknologi yang mampu menjimatkan masa.

Daripada mengurus pakaian, menyediakan makanan hinggalah menikmati waktu berehat di rumah, semuanya menjadi lebih mudah apabila setiap peranti boleh saling berhubung melalui platform LG ThinQ.

Inilah idea yang cuba diketengahkan LG. Rumah pintar bukan tentang mempunyai lebih banyak teknologi, tetapi memiliki lebih banyak masa untuk diri sendiri.

AI Yang Bekerja Di Belakang Tabir

Di LG K House, setiap ruang direka seperti rumah sebenar. Daripada ruang tamu, dapur sehinggalah ke ruang dobi, semuanya saling berhubung menggunakan ekosistem LG ThinQ.

Melalui satu aplikasi sahaja, pengguna boleh mengawal pelbagai peralatan rumah termasuk televisyen AI LG, peti sejuk InstaView, mesin basuh AI DD™ 2.0, penapis udara LG PuriCare AeroMini serta vakum tanpa wayar LG CordZero™.

Apa yang paling menarik perhatian kami ialah bagaimana semuanya berfungsi secara automatik mengikut rutin harian pengguna, tanpa perlu sentiasa mengubah tetapan secara manual. Teknologi ini terasa lebih praktikal apabila melihat sendiri demonstrasi yang dilakukan oleh MINHO sepanjang lawatan tersebut.

“Life’s Good” Bukan Sekadar Slogan

Lg hadirkan lg k house bersama choi minho 01

Menurut LG, Indonesia dipilih sebagai lokasi penutup kempen LG Housewarming Asia Tenggara selepas siri jelajah di Thailand dan Vietnam. Ia bukan sekadar pameran teknologi, tetapi mahu menunjukkan bagaimana inovasi boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan sebenar.

Malah, MINHO sendiri berkongsi harapannya agar lebih ramai dapat merasai bagaimana teknologi LG membantu menjadikan rutin harian lebih mudah, selesa dan memberi lebih ruang untuk menikmati kehidupan yang lebih seimbang.

Penutup Yang Paling Bermakna? Berlari Dengan MINHO di Hutan Kota

Whatsapp 2026 06 29 at 32357 Pm 2

Namun bagi kami, detik yang paling menginggalkan kesan bukanlah ketika sesi bergambar atau demonstrasi produk.

Sebaliknya, ia berlaku pada waktu petang. Selepas tamat sesi di dalam LG K House, pihak LG mengajak MINHO, wakil media serta para influencer menyertai sesi larian santai di sekitar lokasi acara.

Mungkin kedengaran seperti aktiviti biasa.

Tetapi apabila melihat sendiri MINHO berlari bersama peserta sambil berinteraksi dengan semua orang, barulah kami memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan LG.

Wellness bukan sekadar tentang memiliki rumah yang canggih. Ia juga tentang bergerak, kekal aktif, menikmati udara segar dan meluangkan masa melakukan perkara yang memberi tenaga positif.

Teknologi pula berperanan membantu memudahkan rutin harian supaya lebih banyak masa dapat digunakan untuk perkara yang benar-benar penting. Larian simbolik itu menjadi penutup yang cukup bermakna kepada keseluruhan pengalaman LG K House.

Pengalaman Yang Lebih Daripada Sekadar Melihat Produk

Lg hadirkan lg k house bersama choi minho menggunakan smart monitor swing 2048x1367

Sepanjang berada di Jakarta, jelas bahawa LG tidak cuba menjual produk semata-mata. Sebaliknya, mereka cuba membawa satu idea yang lebih besar.

Bagaimana sebuah rumah yang pintar bukan lagi sekadar dipenuhi teknologi moden, tetapi sebuah ruang yang memahami gaya hidup penghuninya.

Sama ada melalui ketenangan yang dibawakan Shin Ye Eun pada hari pertama ataupun semangat aktif yang dipamerkan MINHO pada hari kedua, kedua-duanya membawa mesej yang sama.

Teknologi sepatutnya menjadikan hidup lebih mudah, memberi lebih banyak masa untuk orang tersayang dan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih sihat serta lebih bermakna.

Untuk lihat produk terkini layari: https://www.lg.com/my/.

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top