am@hmetro.com.my
Shah Alam: Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang dipercayai melanggar seorang pejalan kaki warga Bangladesh hingga maut di Jalan Bukit Kemuning dari arah Taman Sri Muda ke Klang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku jam 8.20 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun dipercayai sedang melintas jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Shah Alam untuk urusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kenderaan serta pemandunya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-286 3875.
© New Straits Times Press (M) Bhd
