Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi, Amira Othman hangat menjadi sebutan selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.
Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai yang tertumpu kepada minit sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam.
Ramai netizen mula tertanya-tanya siapakah identiti lelaki tersebut namun ada juga segelintir pihak yang membuat spekulasi mendakwa jejaka itu adalah Fattah.
“Fattah Amin pakai topi NY, bawah topi depan ada cop putih. Ada dekat TikTok Fattah pakai,” tulis netizen.
@kosong010_00
Bukan itu sahaja, ada netizen yang mula menyunting video memaparkan momen ketika Fattah hadir ke konsert The Journey Of Sound Siti Nurhaliza dan Judika, dimana aktor itu duduk sebaris bersama Amira, serta selebriti lain iaitu Hael Husaini dan Wany Hasrita.
Malah, dalam video sama juga turut memaparkan Fattah meninggalkan komen di salah satu hantaran Amira ketika menyanyikan lagu Rapuh daripada Opick.

Sementara itu, netizen juga membuat spekulasi mengenai kapsyen digunakan oleh Fattah menerusi salah satu video di TikTok miliknya yang dikatakan tajuk lagu Amira berjudul Hati Hati.
“Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan,” tulisnya berserta tanda pagar #hatihati.






