hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penganiayaan termasuk budaya buli dan ‘ragging’ dalam mana-mana institusi ketenteraan kendalian kementerian itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan melakukan siastan dan memberi perhatian serius terhadap sebarang dakwaan berkenaan isu penganiayaan berkenaan.
“Sekiranya didapati bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya di sini, hari ini bagi mengulas dakwaan seorang ahli parlimen mengenai kejadian buli dan budaya ‘ragging’ keterlaluan membabitkan pelajar institusi itu dalam perkongsiannya di media sosial sejak kelmarin.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan beberapa ibu bapa dan bekas pelajar mendakwa dibuli dan didenda secara keterlaluan oleh senior Tingkatan Lima.
Dakwa pengadu, dia dipaksa melakukan denda ‘commando rest’ sambil muka dalam baldi berisi air.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung dakwaan seperti dikongsikan di media sosial itu
© New Straits Times Press (M) Bhd




