Haidar Hasanudin, seorang pelakon yang kini semakin menyerlah, memulakan kerjayanya di belakang kamera sebagai penyunting video dan ‘camera man’. Walaupun awalnya bergiat dalam bidang produksi, minat mendalamnya dalam lakonan akhirnya membawanya ke hadapan kamera.
Dalam temu bual di Oh! Podcast, Haidar berkongsi bahawa bapanya banyak memberi inspirasi dalam minatnya terhadap seni. Nama Haidar mula dikenali sejak membintangi telefilem ‘Angah’, di mana beliau digandingkan dengan Puteri Balqis. Peranan tersebut memberi impak besar dalam kerjayanya, membuktikan bakatnya dalam dunia lakonan.
Untuk mengenali Haidar lebih lanjut, jangan lupa untuk tonton episod penuh di Oh! Podcast, di mana beliau berkongsi lebih banyak cerita tentang perjalanan hidup, kariernya dan pendapatnya mengenai pelakon baru yang dilabel cepat ‘koyak’.




