Pelakon dan model, Zahnita Wilson menafikan sekerasnya dakwaan telah ‘Muay Thai-kan’ suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor seperti yang didedahkan oleh oleh bapa anak empat itu, baru-baru ini.
Memetik laporan Kosmo, Zahnita mengakui dia pernah mengambil kelas Muay Thai secara profesional pada 2016 namun hanya bertujuan untuk melindungi
“Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul dia (suami). Ya, saya memang belajar Muay Thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri,” katanya.
Sementara itu, menerusi satu ruangan komen Zahnita mendakwa anak sulungnya, Zahrafeena telah dimanipulasi kerana bimbang bapanya dipenjara.
Zahnita berkata demikian selepas menjawab persoalan individu yang bertanya mengapa anaknya seperti mempertahankan ayahnya.
“Sebab dia dah dimanipulasi dan enggan tengok ayahnya dalam penjara,” tulisnya.

Sebelum ini, anak sulung Zahnita mendedahkan bahawa gambar mata lebam seperti yang tular sebelum ini adalah foto lama yang dikongsikan ibunya.
Kemelut rumah tangga Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery mula menjadi perbualan ramai selepas selebriti itu berkongsi foto mata lebam sekali gus mendakwa dirinya terbabit dalam keganasan rumah tangga.
Namun begitu, plot twist berlaku apabila suaminya pula mendakwa dia pernah hampir di muay thai’ oleh Zahnita.
Bukan itu sahaja, Abdul Zackery juga mendakwa isterinya itu berlaku curang sehingga bertindak lari dengan kekasih gelapnya itu selama enam bulan.
Artikel Berkaitan: “Dia Mulakan Perniagaan Dengan Resepi Saya” – Ibu Mentua Terkilan, Dakwa Zahnita Wilson Sebar Fitnah
Artikel Berkaitan: “Saya Sedia Lafaz Talak Dengan Syarat..” – Suami Dakwa Zahnita Wilson Curang, Lari Dengan ‘Kekasih’ Selama 6 Bulan
Artikel Berkaitan: Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh
Artikel Berkaitan: Gagal Tahan Sebak, Zahnita Wilson Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Didera Suami – “Saya Rasa Macam Hamba”
Sumber: Kosmo




