Ramai tak puas hati, Suka Dessert jual coklat secawan RM60 tanpa makanan

Ramai tak puas hati, Suka Dessert jual coklat secawan RM60 tanpa makanan

Masih menjadi bualan ramai, Suka Dessert jual coklat secawan RM60 sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dari warga maya yang berkata harganya terlalu tinggi dan tidak berbaloi.

Menerusi satu hantaran di X, SenahDebab telah berkongsi semula video memaparkan pemilik Suka Dessert, Aunty Ja yang sedang membuat reviu pencuci terbaharunya yang dinamakan Tricolour Chocolate.

Suka Dessert jual coklat secawan RM60

Suka Dessert jual coklat secawan RM60

Pada video tersebut, Aunty Ja atau nama sebenarnya Siti Hajar Mohd Razali telah menunjukkan cara untuk memakan pencuci mulutnya yang terbaharu itu.

Menurut Aunty Ja, Tricolour Chocolate itu dijual tanpa hidangan lain walaupun dengan harga RM60 dan para pembeli perlu menyediakan makanan mereka sendiri untuk dicelup di dalam coklat tersebut.

Sementara itu, SenahDebab telah membandingkan harga pencuci mulut Suka Dessert itu dengan restoran popular, Sukiya dan restoran Secret Recipe.

Artikel lain: Auntie Ja ‘bedah’ aiskrim Suka Dessert, perjelas mengapa dijual RM18

“Marshmallow celup coklat RM60?! Dengan ekonomi sekarang?? Makan Sukiya dah boleh susun 20 pinggan kambing! Buat pesanan kat Grab, dah boleh dapat empat potong kek,” kata pengguna itu di ruangan kapsyen.

Dibanding dengan Sukiya, Suka Dessert jual coklat secawan RM60

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga bersetuju bahawa harga pencuci mulut itu terlalu tinggi dan tidak berbaloi.

RM60 itu untuk coklat sahaja, tak termasuk makanan lain

Suka Dessert jual coklat secawan RM60, tak berbaloi!

Benda ni jadi sebab ramai sokong dia

Coklat memang mahal tapi tipulah satu cup tu RM60

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang tetap menyuarakan sokongan mereka terhadap Suka Dessert dan berkata harga tersebut sesuai dengan kenaikan harga coklat premium sekarang.

Bukan peminat, tapi tak bolehlah compare dengan Sukiya

Dia dah suggest jangan beli sebab dia tahu mahal

Biar la orang nak sokong bisnes Melayu

Menerusi tinjauan ke akaun TikTok Suka Dessert, Aunty Ja hidangan ini hanya boleh didapati di Festival Makanan Kak Nab sahaja dengan harga RM60 bagi setiap 450 gram coklat.

Dalam pada itu, Auntie Ja tidak menggalakkan kepada orang ramai untuk membeli hidangan tersebut kerana tahu coklat tersebut terlalu mahal.

Terdahulu, Suka Dessert pernah dikecam susulan mengeluarkan aiskrim dengan harga RM18 dan menurut netizen, ia tidak berbaloi kerana mereka boleh membeli lebih banyak aiskrim lain dengan harga sama.

Sumber: X SenahDebab, TikTok sukadessert.hq

Scroll to Top