Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-Gara Isu ‘Seating’… Pramugari Mengaku Tak Selesa

Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-Gara Isu ‘Seating’… Pramugari Mengaku Tak Selesa

Video rakaman bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov tular di platform media sosial hari ini gara-gara kehadirannya didalam sebuah pesawat milik  Frontier Airlines itu tidak disenangi oleh krew kabinnya.

Insiden yang dipercayai berlaku dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, menuju ke Los Angeles itu mencuri tumpuan selepas Khabib dilihat berbalas kenyataan dengan krew terlibat.

“Disebabkan apa? Siapa yang tidak puas hati saya duduk dibahagian ‘exit’, ini tidak adil,”

“Ketika saya dipintu masuk mereka tanya saya adakah saya mengetahui semuanya (bahasa Inggeris) dan saya maklumkan bahawa saya faham,” katanya.

Menerusi video tular berdurasi lebih satu minit itu, Khabib yang memakai jaket berwarna biru itu bagaimanapun akur dengan arahan yang diminta krew pesawat terbabit.

 

Difahamkan, insiden tercetus selepas pramugari dan beberapa penumpang pesawat berasa kurang senang apabila Khabib diberikan tempat duduk dibahagian pintu kecemasan sekali gus mengaitkan isu tersebut dengan Islamofobia.

 

 

Sumber: X, Harian Metro

Scroll to Top