Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan oleh polis selepas disyaki beronani dan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di tempat awam di Savanna Southville City, Sepang semalam.
Menerusi laporan daripada Berita Harian, lelaki yang bekerja sebagai sebagai penyelenggara bangunan itu ditahan di Labohan Dagang tengah malam tadi selepas pengadu seorang wanita membuat laporan kepada pihak polis.
Lelaki direman tiga hari

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal, insiden tersebut berlaku ketika mangsa sedang berjalan di kawasan awam dan suspek yang berada dalam sebuah kereta iriz berwarna merah memanggil pengadu.
Pengadu menghampiri kereta suspek dan mendapati dia sedang menunjukkan kemaluannya.
Bertindak atas laporan yang dibuat, polis kemudian menahan suspek pada jam 12.15 tengah malam tadi selain turut merampas kereta jenis Proton Iriz yang dipandu suspek.-Katanya
Berdasarkan hasil siasatan, polis mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini suspek telah ditahan reman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Sepang.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya, sekiranya suspek didapati bersalah.
Wanita sempat rakam aksi lelaki itu

Sebelum laporan dan tangkapan dilakukan, tersebar sebuah video berdurasi 48 saat yang dipercayai dirakam oleh pengadu semasa dia dipanggil oleh suspek yang berada di dalam keretanya.
Suspek yang menyedari dirinya sedang dirakam dan ditegur oleh pengadu, segera memandu keretanya meninggalkan lokasi kejadian.




