Dah Habis Idah, Jay Iswazir & Bekas Isteri Berdamai Dengan Takdir… Luahan Terakhir Azzahra Ahmad Menyentuh Hati

Dah Habis Idah, Jay Iswazir & Bekas Isteri Berdamai Dengan Takdir… Luahan Terakhir Azzahra Ahmad Menyentuh Hati

Pelakon, Azzahra Ahmad menulis nukilan terakhir istimewa untuk bekas suaminya, aktor Jay Iswazir selepas selesai tamat idah pada 29 Januari lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Azzahra berkata dia melepaskan segala kenangan dan momen yang pernah berlaku sepanjang mereka bergelar suami isteri pada Mac 2022.

Dalam muat naik sama juga, Azzahra turut mendoakan agar Allah SWT membuka pintu rezeki kepada Jay, selain berharap agar bekas suaminya itu akan reda dan berdamai dengan takdir hidup mereka.

“29 Januari 2025.. Kamu datang, pergi, kembali lalu pergi lagi. Ditarikh ini tamatlah sudah tempoh idah kita. Aku lepaskan segalanya bersama kenangan kita. Aku maafkan segala yang pernah terjadi dimasa lalu antara kau dan aku.

“Maafkan aku juga atas segala yang terjadi. Semoga yang baik-baik mengiringi langkahmau bekas suamiku, Ahmad Iswazir Ismail.

“Aku Redakan segalanya dan doakan segala yang terbaik buatmu selepas ini. Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersamamu, bukakan pintu rezeki untuk kamu seluasnya dan jadikan kita sosok lebih baik selepas ini untuk kita lebih reda dan berdamai dengan takdir,” tulisnya.

Sementara itu, Jay turut membalas IGs tersebut mengatakan konflik antara mereka sudah selesai apabila masing-masing memilih untuk berpisah secara baik.

“Alhamdulillah, kami pilih berdamai. Disini juga, Jay mohon maaf kepada Azzahra selama kami bersama, doakan baik-baik untuk kami,” tulisnya.

Sebelum ini, Azzahra mendakwa kisah rumah tangganya bersama Jay Iswazir penuh dengan penderitaan sepanjang dua tahun bergelar isteri aktor itu.

Sekadar info, Azzahra dan Jay berkahwin pada Mac 2022 namun mereka disahkan berpisah pada 28 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Artikel Berkaitan: “Kesakitan Ini Tak Mampu Lagi Untuk Saya Tanggung Sendirian” – Perkahwinan Dengan Jay Iswazir Terlerai Selepas 2 Tahun, Rakan Artis & Peminat Banjiri Ruangan Komen Azzahra Ahmad

Scroll to Top