Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara Ditahan Polis Atas Dakwaan Rogol Kanak-Kanak | Oh! Media

Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara Ditahan Polis Atas Dakwaan Rogol Kanak-Kanak | Oh! Media

Macam mana boleh tiga orang dewasa boleh tergamak buat perbuatan terkutuk ni dekat darah daging sendiri? Ohmedia bila baca laporan berita ni memang rasa mengigil jer tangan ni lepas tiga lelaki warga tempatan disiasat dua kes rogol kanak-kanak perempuan usia 8 tahun.

Kes ini berlaku di Jeram, Kuala Selangor dan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin mengesahkan kes pertama membabitkan kanak-kanak malang dirogol bapanya.

Polis menerima laporan daripada ibu kandung mangsa jam 8.29 malam.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 tahun bercerai dengan pengadu pada Februari 2022. Mangsa tinggal bersama suspek.

Kanak-kanak itu dibenarkan tinggal bersama ibunya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Bagaimanapun, ibunya kira-kira jam 7 malam mangsa memaklumkan telah dirogol bapanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bertindak menahan suspek.

Untuk kes kedua pula, datuk dan bapa saudara telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Laporan dibuat datuk saudara mangsa pada jam 7.38 malam selepas remaja perempuan itu mengadu kepadanya.

Siasatan awal mendapati dua suspek berusia 66 dan 21 tahun adalah datuk serta bapa saudara mangsa. Mangsa memaklumkan dirogol kedua-dua suspek. – Kata Azaharudin.

Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama enam hari.


Scroll to Top