Maut selepas penat beratur untuk beli gas subsidi

Maut selepas penat beratur untuk beli gas subsidi
Maut selepas penat beratur untuk beli gas subsidi

Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat keletihan selepas beratur panjang untuk membeli balang gas LPG bersubsidi di Pamulang Barat. Foto Agensi

JAKARTA – Seorang pemilik restoran berusia 62 tahun meninggal dunia kerana dipercayai keletihan selepas beratur panjang untuk membeli balang gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Pamulang Barat.

Ketua Kampung Pamulang Barat, Tangerang Selatan, Saiful berkata, wanita yang dikenali sebagai Yonih itu pengsan dan tidak sedarkan diri selepas membawa balang gas LPG itu menggunakan tangan selepas berhasil melakukan pembelian.

“Dia membawa pulang dua balang gas LPG, (setiap satu seberat tiga kilogram), namun pengsan selepas tiba di rumahnya.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Permata, bagaimanapun tiba di sana mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya kepada wartawan pada Isnin.

Susulan insiden itu kerajaan dilaporkan telah membatalkan keputusan mengejutnya untuk melarang peruncit kecil daripada menjual balang gas LPG seberat tiga kilogram selepas dasar tersebut menyebabkan masalah kekurangan bekalan dan barisan menunggu yang panjang di seluruh negara.

Sebelum itu kerajaan menetapkan had jualan balang gas LPG itu kepada pengedar rasmi melalui peraturan baharu pada 1 Februari, dalam usaha untuk mengetatkan pengawasan dan pengedaran bersasar. – Agensi

Scroll to Top