225 individu terima pingat bersempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-80

225 individu terima pingat bersempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-80

Shah Alam: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 225 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-80.

Pada istiadat itu, sebanyak 43 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), manakala 35 penerima bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.)

Selain itu, sejumlah 134 individu dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), manakala 13 penerima untuk Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).

Istiadat itu berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini selama dua hari bermula hari ini, dan penerima pada hari ini adalah dari daerah Petaling dan Klang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top