Perak, Kedah kongsi mata di Ipoh

Perak, Kedah kongsi mata di Ipoh

bhsukan@bh.com.my

IPOH: Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini, sebentar tadi.

Aksi babak pertama menyaksikan skuad kendalian Chong Yee Fatt mendominasi permainan dengan mencipta beberapa peluang termasuk dua percubaan pada 10 minit pertama menerusi Leandro Dos Santos Oliveira dan Guilherme De Paula Lucrecio namun buntu.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kemudian membalas menerusi tandukan penyerang importnya, Tchetche Hermann Brice Kipre pada minit ke-24, namun dinafikan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Memasuki babak kedua perlawanan, tuan rumah terus meningkatkan tekanan terhadap KDA FC dan berjaya mencipta jaringan pertama melalui De Paula pada minit ke-57. Selepas itu Perak FC terus meningkatkan serangan.

Bagaimanapun benteng tuan rumah akhirnya bolos juga, apabila penyerang import pelawat, Kpah Sean Sherman berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78. Kedudukan 1-1 terus kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top