Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas tindakannya memuat naik video memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki di platform TikTok mengejutkan ramai peminat.

Menerusi perkongsian tersebut, Zarina kelihatan sedang berada di gerai makanan popular di ibu kota sebelum bertindak mesra dengan mencium individu lelaki tersebut sambil meluahkan rasa cintanya.

“Saya minta maaf kerana menganggap awak begitu sahaja.

“Tapi awak sentiasa bersama saya selama dua belas tahun yang lalu. I love you,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah aktres itu didakwa tidak sedarkan diri memandangkan dia berkelakuan tidak sopan didepan khalayak.

Bahkan, menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran video tersebut, rata-rata warganet menganggap Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju sebenarnya sedang mabuk.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video berkenaan bagaimanapun telah dipadam selepas kurang 24 jam dimuat naik di platform tersebut.

 

Sumber: TikTok

Scroll to Top