bhnews@bh.com.my
Seremban: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memaklumkan sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN malam ini, mereka menjelaskan sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif.
“Kami percaya bahawa penyatuan suara majoriti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini.
“Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.
Mereka dalam kenyataan itu turut menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh ADUN PN berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran Kerajaan Negeri pada saat ini.
“Keterbukaan demi kepentingan negeri UMNO BN menyambut baik kesediaan lima ADUN PN untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan.
“Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian. Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera,” katanya.
- Pentadbiran Negeri Sembilan berjalan sebagai kerajaan minoriti – Aminuddin
- Tiada keperluan bubar DUN Negeri Sembilan – Aminuddin
- Aminuddin akan teruskan tugas MB Negeri Sembilan
- Hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan – Sim
- PRN pilihan terbaik selesaikan kemelut kepimpinan Negeri Sembilan
- 5 ADUN PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan pimpinan UMNO/BN
- Krisis politik NS: Kita sanggup hilang kuasa asalkan prinsip Umno kekal – Dr Puad
- 5 Adun PN Negeri Sembilan sokong kepemimpinan UMNO-BN
- Semua 14 ADUN BN tarik sokongan, hilang kepercayaan kepada kepimpinan Aminuddin
© New Straits Times Press (M) Bhd




