Daki gunung guna tangan

Daki gunung guna tangan

Beijing: Seorang lelaki di China menjadi terkenal kerana mendaki gunung paling popular di negaranya dengan tangannya.

Oddity Central melaporkan, Sun Guo Shan, 38, mula berlatih mendaki pada Mei 2023, sebelum memulakan cabaran monumental tahun lalu untuk mendaki 50 gunung paling popular di China menjelang Musim Bunga 2025

Sun yang sebelum ini bekerja dalam sistem pendidikan menyedari kepentingan kesihatan ketika pandemik Covid-19 dan nekad menyampaikan mesej latihan kesihatan tetapi juga mengagumi pemandangan pergunungan negaranya dengan cara yang unik.

Sun Guo Shan memulakan cabaran luar biasanya Mei tahun lalu sebelum tular pada November apabila klip videonya mendaki puncak tertinggi Gunung Wudang pada 1,612 meter menggunakan tangannya menjadi tular.

“Setiap orang di China mempunyai impian seni mempertahankan diri di dalam hati mereka.

“Saya mahu menggunakan kaedah pendakian khas saya untuk melengkapkan 50 gunung terkenal di negara ini pada musim bunga ini,” kata Sun.

Pada Disember tahun lalu, Sun mengambil masa lima jam untuk mendaki 999 anak tangga Gunung Tianmen di Zhangjiajie, Wilayah Hunan China Tengah.

“Ini adalah gunung ke-34 yang saya cabar dan paling sukar, membuatkan saya jatuh hampir seratus kali,” kata Sun selepas sampai ke puncak Gunung Tianmen.

Sun berharap dapat melengkapkan pendakian menggunakan tangan buat kali ke-50 pada Musim Bunga ini.

Seterusnya, Sun merancang menghantar penyertaan untuk melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guinness (GWR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top