Selepas 15 tahun membawa haluan sendiri, pelakon, Aeril Zafrel dan usahawan, El Azman akhirnya berbaik semula dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut Aeril, perselisihan antara mereka berpunca daripada seorang pelakon wanita yang ketika itu merupakan kekasihnya.
Punca perselisihan akhirnya terbongkar
Tapi selepas jer Aeril putus dengan wanita itu, El Azman terus menjalinkan hubungan dengannya!
Dulu kami rakan sebilik, saya ada kekasih. Tapi direbut, selepas itu kami tidak lagi berkawan.
Insiden itu menyebabkan hubungan baik mereka terputus dan masing-masing membawa haluan sendiri selama bertahun-tahun.
Akhirnya El Azman dan Aeril Zafrel berdamai

Bagaimanapun, pertemuan terbaru mereka menjadi titik perdamaian selepas sekian lama bermusuhan.
Selepas 15 tahun, baru dia (Aeril) peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja.
Dalam kesempatan itu, El Azman juga memohon maaf kepada Aeril atas kesilapan lalu.
Disebabkan aku salah, aku minta maaf Aeril kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik.
Namun, mereka tidak mendedahkan identiti aktres yang menjadi punca perselisihan, hanya memaklumkan bahawa wanita itu kini sudah berhijab dan mendirikan rumah tangga.
#ApaKataOhmedia
Setiap persahabatan pasti ada ujian, tetapi kemaafan adalah kunci kepada hubungan yang lebih baik. Aeril dan El Azman membuktikan bahawa dendam yang lama akhirnya boleh terlerai jika hati ikhlas untuk berdamai.





