Hadir Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Netizen Teruja Ustaz Dr Zulkifli Selit Foto Bersama Amira Othman

Hadir Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Netizen Teruja Ustaz Dr Zulkifli Selit Foto Bersama Amira Othman

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi mencuri perhatian netizen melalui perkongsian terbarunya di Instagram.

Perkongsian tersebut memaparkan Dr Zulkifli sedang menyampaikan tazkirah sambil duduk di atas kerusi di majlis doa selamat atas jemputan pelakon popular, Fattah Amin, bersempena kedatangan bulan Ramadan.

“Semalam (Ahad), saya memenuhi jemputan Fattah Amin sekeluarga untuk menyampaikan tazkirah dalam majlis doa selamat bersempena bulan Ramadan. Moga kita semua dapat menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam hidup kita,” katanya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah foto Dr. Zulkifli bersama penyanyi Amira Othman, yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta berharap agar ada sinar ‘bahagia’ yang bakal menerangi hubungan Fattah dan Amira.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Fattah dan Amira telah bertunang pada Jumaat lalu. Namun, kedua-dua selebriti itu menafikan dakwaan tersebut.

Scroll to Top