Banjir di Pontian, 2 PPS dibuka

Banjir di Pontian, 2 PPS dibuka

am@.metro.com.my

Pontian: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka tempatkan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok, di sini, hari ini.

Seramai 110 mangsa dari 47 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Durian manakala 61 mangsa dari 17 keluarga pula ditempatkan di SK Penerok yang dibuka jam 7.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan pembukaan PPS di SK Sungai Durian menempatkan mangsa dari empat kampung iaitu Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh dan Kampung Tanjung Piai.

Manakala di PPS SK Penerok pula menempatkan mangsa dari dua kampung iaitu Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Penerok.

“Akibat kejadian itu, mangsa dipindahkan di dua PPS berkenaan disebabkan rumah kediaman tidak selamat untuk diduduki kerana dinaiki air, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top