SEPANG: Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari balkoni Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 2, di sini, hari ini.
Baca juga: Polis siasat dua laporan berhubung insiden pukul aktivis di Pasar Pudu
Dalam kejadian 9.05 pagi itu, mangsa, 22, terjatuh dari balkoni aras berkenaan ke kawasan ruang pemunggahan terminal.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pasukan perubatan tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah di Serdang untuk bedah siasat.
“Punca kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR),” katanya dengan pihak Kedutaan Jepun turut dimaklumkan berhubung kejadian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd