Pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian selepas pasangan itu hadir bersama anak sulung Bella iaitu Ayden Adrean ke Parlimen baru-baru ini.
Lebih mencuri perhatian, perkongsian sepotong video pendek di platform TikTok memperlihatkan Ayden teruja berlari ke arah ibunya sambil memanggil Syed Saddiq sebagai ‘Dad’ ternyata menyentuh hati ramai.
“Dad, here dad,” kata Ayden ringkas.
Malah menerusi perkongsian sama, Syed Saddiq juga tidak kekok memperkenalkan Ayden kepada pekerja Parlimen dengan menggelarnya sebagai anak.
“Tu dia anak saya, bodyguard Mama dia,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat gelagat anak kecil itu yang dilihat teruja mempunyai sosok seorang bapa.








