Sebelum ni, Ohmedia kongsikan permohonan maaf daripada tiga penyampai radio ERA FM segmen 3 pagi yang didakwa menghina agama Hindu.
Terkini, pihak Astro Audio memaklumkan telah menggantung tugas penyampai radio mereka yang terlibat iaiatu Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin sementara siasatan dalaman dijalankan bagi mengenal pasti lebih lanjut mengenai insiden tersebut.
BACA: Penyampai Radio Terkenal Didakwa Persenda Agama

Dalam kenyataan rasmi, Astro Audio memaklumkan bahawa ketiga-tiga penyampai tersebut telah mengakui kesilapan mereka dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti.
Kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.- Jelas mereka.
Astro Audio kesal dengan insiden ini…

Astro Audio turut melahirkan kekesalan atas insiden tersebut yang dikongsi di platform media sosial ERA. Mereka memohon maaf kepada pihak yang terlibat dan berjanji untuk memperkukuh proses semakan kandungan agar program yang dihasilkan lebih menghormati nilai dan jangkaan pendengar.
Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri.- Tambah mereka lagi.
#ApaKataOhmedia
Pihak Astro sudahpun ambil tindakan tegas terhadap penyampai yang terlibat. Sensitiviti agama bukan perkara main-main, apatah lagi bila melibatkan tradisi masyarakat lain.
Harapnya kes ini jadi pengajaran buat semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan. Respek dan toleransi antara agama perlu sentiasa diutamakan.





