Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, semakin terbuka dalam berkongsi keakraban dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, di khalayak ramai.
Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan momen ketika Saddiq menghadiahkan dua pasang Baju Melayu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Namun, reaksi Perdana Menteri ketika menerima hadiah tersebut mencuri perhatian ramai.
Beliau berseloroh bahawa Bella sepatutnya berada di sisi Saddiq pada waktu itu, mengundang usikan daripada orang sekeliling.
Tersipu malu dengan gurauan itu, Saddiq spontan memberikan respons bersahaja, seolah-olah mengiyakan hubungannya dengan ibu kepada dua cahaya mata tersebut.
“Allah, Jangan kacau, tu saya punya. Kasi chance lah, Datuk Seri,” katanya sambil tersenyum.
@sweetmochaaa_ Topik hari ni “jangan kacau itu saya punya” 🦋🥰😍🫠😱 #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #fypシ #foryoupage #xyzbca
Sebelum ini, Saddiq pernah mengakui bahawa dia terpesona mendengar alunan suara merdu Bella ketika mereka bercuti di sebuah pulau di Semporna, Sabah.
Lebih menarik, hubungan mereka turut mendapat sokongan keluarga. Ibu Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, pernah memuji keperibadian Bella yang baik, manakala abangnya, Syed Abdullah, juga dikatakan memberi ‘lampu hijau’ kepada hubungan mereka.
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah, 30, menegaskan bahawa kemesraan mereka bukan sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Malah, pasangan ini turut mencipta kenangan manis bersama apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terpesona Dengan Bella Astillah” – Syed Saddiq Buat Netizen Tak Keruan!




