Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura akhirnya tampil menceritakan kisah sebenar pemergian isterinya, Akiko.
BACA: Ridzokumura Akhirnya Dedah Kisah Sebenar Arwah Isteri, Akiko Okumura Meninggal Dunia!
Dalam sesi langsung di TikTok itu, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib memohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak.
Ridzokumura tak teragak ambil tindakan undang-undang
Beliau juga berharap penjelasan yang dibuat dapat menjawab tanda tanya netizen sebelum ini. Dalam pada itu, usahawan ini tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen menyebarkan cerita tidak benar.
Ujarnya lagi, dia terpaksa berdiam diri sebelum ini kerana masih mencari kekuatan diri. Apa yang penting dalam hidupnya kini hanyalah anak tunggalnya Sky Taizo Okumura yang berumur 13 tahun.
Abang berharap korang tak buat andaian yang bukan-bukan. Kalau ada lagi komen-komen yang menyakitkan abang, menyakitkan Sky.. Abang tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Korang bagilah Sky semangat.
Di sesi live itu, Sky dilihat bersemangat mahu memasuki universiti di luar negara seperti ibunya. Dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
Menurut Sky, dia sedar kini dia harus melakukan semua perkara sendiri termasuk memasak.





