Harith Iskander Dan Cecelia Yap Dikompaun RM10,000

Harith Iskander Dan Cecelia Yap Dikompaun RM10,000

Pelawak terkenal, Harith Iskander dan seorang lagi pengguna Facebook, Cecelia Yap, masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 selepas didakwa membuat hantaran hina agama.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tindakan ini diambil selepas pihak mereka mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun terhadap kedua-dua individu terbabit.

Hantaran hina mengenai Islam, SKMM ambil tindakan…

Kesalahan tersebut dilakukan menerusi hantaran di Facebook pada 18 Januari 2025 yang dianggap sebagai menyinggung sensitiviti agama Islam.

SKMM menjelaskan bahawa tindakan ini diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengikut peruntukan sebelum pindaan baharu yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Hantaran Harith Iskander telah diturunkan Meta…

Dalam pada itu, pihak Meta telah menurunkan hantaran berkenaan selepas mendapati ia melanggar garis panduan komuniti Facebook.

Selain itu, SKMM juga mengulas mengenai kes melibatkan penyampai radio swasta yang dipercayai mempersenda agama Hindu sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Menurut SKMM, kertas siasatan terhadap radio swasta terbabit akan dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut.


Scroll to Top