“Tak Layak Digelar Bapa, Tapi ‘Ta*k’!”- Kongsi Pautan Gagal Bayar Nafkah, Rita Rudaini Sindir Siapa?

“Tak Layak Digelar Bapa, Tapi ‘Ta*k’!”- Kongsi Pautan Gagal Bayar Nafkah, Rita Rudaini Sindir Siapa?

Pelakon versatile, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran mengenai kegagalan menunaikan nafkah yang juga dikira sebagai hutang.

Menerusi perkongsian yang diambil dari akaun TikTok milik AZA Associates, nafkah tertunggak dianggap sebagai hutang termasuklah, nafkah isteri jika tidak dibayar bermula dari kewajipan untuk membayar nafkah tersebut.

Selain itu, nafkah anak juga dikira sebagai hutang selepas adanya perintah mahkamah dan dikira sebagai tunggakan.

“Jangan main-main dengan hutang. Mungkin kita boleh mengelak atau terlepas membayar hutang di dunia ini.

“Namun, jangan lupa akhirat pasti menanti,” tulis pada hantaran berkenaan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Rita seakan menyindir individu terbabit apabila menggelarkannya sebagai ‘terpaling’ bayar nafkah.

“Culas, penipu, tapi terpaling bayar nafkah.

“Tak layak digelar bapak… layak digelar t*ik,” katanya.

Terdahulu, Rita menyarankan golongan lelaki yang culas menunaikan tanggungjawab membayar nafkah anak selepas bercerai sepatutnya tidak dibenarkan berkahwin lain.

Ini kerana, sikap culas membayar nafkah disifatkan seperti menganiaya kaum wanita.

Scroll to Top