Atikah Suhaime Pilih Epidural Elak Trauma, Tapi Netizen Pula Sibuk Komen Perut Tak Kempis – “Saya Belum Keluar Hospital, Tak Bawa Bengkung”

Atikah Suhaime Pilih Epidural Elak Trauma, Tapi Netizen Pula Sibuk Komen Perut Tak Kempis – “Saya Belum Keluar Hospital, Tak Bawa Bengkung”

Pelakon, Datin Atikah Suhaimi berkongsi pengalamannya selepas melahirkan puteri sulung, Lyla Mulan Teh pada Sabtu lalu.

Namun, disebalik keterujaannya berkongsi pengalaman bersalin, ada pula segelintir netizen yang mengkritik fizikal Atikah terutamanya di bahagian perut.

Menerusi sebuah video di TikTok, Atikah meluahkan rasa syukur kerana mengambil suntikan epidural bagi mengelakkan rasa trauma dan koyak ketika bersalin.

“Saya rasa tak mentally prepared untuk lahirkan anak lebih awal. Untuk elakkan trauma, saya minta epidural.  Bila pakai epidural ni memang rasa sangat selesa.

“Dah dilation 4 cm pun masih boleh relax-relax, gelak-gelak. Sakit dai cuma rasa macam nak terberak saja.  Bila waktu nak teran dengar cakap doktor dan fokus nak berak.

“Alhamdulillah, sebab tak terlalu sakit saya boleh dengar arahan doktor dengan tenang. Koyak sikit je dan doktor tak payah nak potong semua,” katanya.

Malah, Atikah turut menyarankan para ibu yang bakal bersalin di luar sana untuk mengambil epidural, sekali gus menepis segelintir persepsi orang ramai yang mengatakan pengambilan suntikan itu seolah-olah tidak memberi ‘kenikmatan’ beranak.

“Kalau first time nak bersalin normal, pada saya epidural sangat-sangat penting untik elakkan trauma dan koyak.  Tak ada istillah ‘oh tak dapat nikmat beranak’. Saya dapat saja, Nikmat beranak tanpa stress. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Atikah turut menjelaskan cara menyebut nama anaknya iaitu Lyla adalah ‘Laila’.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Atikah itu meraih perhatian netizen yang tertumpu kepada bentuk perutnya yang kelihatan sama meskipun sudah bersalin.

Namun, ada juga para wanita yang mempertahankan Atikah dengan mengatakan selebriti itu baru sahaja melahirkan.

Tidak cepat melatah dengan komen netizen, Atikah di ruangan komen berkata dia tidak membawa bekung ketika berada di hospital.

@atikahsuhaimeeee

Siapa first time mum kat sini? Samalah kiter 😅 #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia #newmum #swaddle

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh

Scroll to Top