Di zaman digital ini, orang ramai mempunyai pilihan untuk membayar zakat secara dalam talian (online). Mereka tidak perlu lagi ke pusat zakat atau masjid bertemu dengan amil untuk melaksanakan pembayaran.
BACA: Boleh Ke Kanak-Kanak Berpuasa Setengah Hari? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Namun, ada netizen tertanya-tanya mengenai hukum pembayaran secara online. Sah atau tidak? Jom kita dengar penjelasan daripada pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus.
Tidak salam amil, sah ke zakat?
Soalan: Apakah hukum zakat fitrah dibayar melalui online, tidakkah zakat fitrah itu kena ada akad bayar amil zakat? Mohon pencerahan.
Menurut Ustaz Azhar, pembayaran zakat fitrah secara atas talian adalah dibolehkan kerana ia tidak memerlukan lafaz akad. Cukup sekadar niat dalam hati, pembayaran tersebut sudah dikira sah.
Tidak wajib lafaz, yang wajib niat. Okay, kita nak bayar zakat fitrah. Kita seorang RM10, bini kita seorang RM10, anak seorang RM10. Jadi RM30 bawa duit. Ulama kata, kita ambil duit RM30 letak dalam poket dengan niat bayar zakat sudah sah.
Namun, beliau menyatakan paling afdhal untuk berniat adalah ketika mahu membayar zakat kepada amil bertugas.
Tidak wajib bersalam, tapi kena sambut jika amil hulur tangan

Malah, beliau turut menegaskan bahawa bersalaman dengan amil zakat bukanlah satu syarat wajib dalam pembayaran zakat fitrah.
Bersalaman pun tak wajib, cuma jika amil zakat menghulurkan tangan, kita perlu jabat kerana jika tidak ia boleh mengaibkannya. Bersalaman bukan syarat wajib bayar zakat, ini cuma atas dasar silaturahim sahaja.
Ujar beliau lagi, hukum melafazkan akad zakat fitrah adalah harus dan tidak wajib. Ianya berbeza dengan lafaz akad nikah di mana ianya harus dilafaz.





