Speaker sahkan peletakan jawatan Wong Chen

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Subang.

Johari berkata, surat peletakan jawatan Wong Chen itu diterimanya semalam.

“Yang Berhormat bagi kawasan Subang telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai ahli Dewan Rakyat kepada saya.

“Saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen Subang tersebut selaras Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Wong Chen menerusi satu muat naik di Facebooknya semalam mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela itu berkuat kuasa jam 5 petang.

Beliau turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 5 Ogos melalui pautan sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top