Pelakon yang memegang watak sebagai ‘ustazah’ menerusi drama rantaian popular, Keluarga Itu iaitu, Adrea Abdullah terkejut apabila menerima lucah daripada individu yang tidak dikenali.
Katanya, mesej yang dihantar menerusi laman Facebook itu adalah disebabkan individu berkenaan tertarik dengan karakter yang dibawanya dalam drama tersebut.
“Entah macam mana dia boleh naik syok. Sebelum ini saya dah perasan komen-komennya di Facebook.
“Kemudian dia suruh saya terima dia sebagai rakan Facebook untuk tujuan berkawan. Saya terfikir untuk apa saya nak berkawan sedangkan saya dah selesa dengan kehidupan sekarang.
“Selepas itu dia mula hantar mesej lucah dan sebagainya. Memang geli nak baca. Saya buat keputusan sekat dia di Facebook,” katanya kepada pemberita.
Meskipun sudah mencecah usia 48 tahun, Adrea memaklumkan, sebelum ini dia juga pernah menerima mesej sama.
Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.
“Yang mesej ini pun budak lagi. Silap-silap saya sebaya emak dia. Anak lelaki saya sendiri pun dah usia 20 tahun.
“Kalau dulu masa saya dapat watak seksi pernahlah terima mesej begitu, tapi sekarang saya dah 48 tahun. Ingatkan dah tiada lagi gangguan macam ni,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai watak ‘ustazah’ yang diberikan, Adrea mengaku karakter itu memberikan impak yang besar terhadap karier lakonannya.
Ini kerana, orang di luar sana mula memanggilnya dengan panggilan ‘ustazah’.
“Masa mula-mula saya tak yakin nak terima sebab rasanya terlalu berat nak galas watak ustazah.
“Tapi sebab yang yakinkan saya dan saya terima sebab babak dia agak berat.
“Penerbit tawarkan watak itu kerana mereka cakap ustazah muka seksi, suara seksi. nak terima sebab rasanya terlalu berat nak galas watak ustazah.
“Ia bukan untuk pelakon tambahan. Saya dikira sebagai pelakon pembantu dan agak risau juga nak bawa kerana wataknya ada melayan suami orang, Iman (Datuk Rosyam Nor),” kongsinya.
Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.
Drama ini mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.
Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.




