Pesawat kecil terhempas, tiga maut

Pesawat kecil terhempas, tiga maut

Reuters

Bern: Tiga individu dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang berasal dari Denmark, terhempas di Switzerland, petang Isnin lalu.

Nahas itu disahkan oleh jurucakap polis dari kanton Graubuenden, timur Switzerland, semalam.

Bagaimanapun, mangsa terbabit dalam nahas itu masih belum dikenal pasti.

Menerusi satu kenyataan, polis memaklumkan semua yang berada di dalam pesawat itu meninggal dunia.

Pesawat itu dilaporkan tiba dari Denmark pada 13 Mac lalu, dan dalam penerbangan pulang ketika nahas itu berlaku.

Menurut polis, pesawat terhempas di kawasan berpenduduk di pinggir utara perkampungan La Punt Chamues-ch dan terbakar sepenuhnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top