'Semoga Tun Dr Siti Hasmah sihat selalu…'

'Semoga Tun Dr Siti Hasmah sihat selalu…'

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kemunculan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang tampil berhijab di khalayak umum menarik perhatian ramai.

Bukan hanya satu malah Dr Siti Hasmah tampil sedemikian dalam beberapa majlis keramaian dihadirinya baru-baru ini.

Meninjau ruangan komen, warganet memuji penampilan Dr Siti Hasmah dengan mengatakannya kelihatan lebih manis, comel, lebih muda dan anggun.

Rata-ratanya mengatakan penampilan Dr Siti Hasmah nampak berbeza berbanding biasa dan sudah lama menanti penghijrahan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Istimewanya, ramai yang memberi kata positif dan mendoakan Dr Siti Hasmah terus berhijab serta diberikan kesihatan baik dalam usianya yang kini mencecah 98 tahun.

“Comelnya Tun Dr Siti Hasmah pakai tudung, nampak lain muka, berseri,” tulis pengguna TikTok, Nur.

“Ya Allah, cantiknya, muka berubah terus, putih berseri.

“Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia dan dilindungi Allah SWT,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, Khairul Anuar.

“Hampir tak kenal, kelihatan keibuan dan muslimah.

“Semoga Tun Dr Siti Hasmah sihat selalu,” tulis pengguna TikTok, Saadiah Mohamad.

“Alhamdulillah, memang sudah lama menunggu Tun Dr Siti Hasmah bertudung,” tulis seorang lagi warganet Yati Mohamad.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top