Pengacara dan pelakon jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim, mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang dipercayai telah menikamnya dari belakang.
Menerusi hantaran di platform X, Sarimah mengakui terkilan apabila individu yang sebelum ini dianggap rapat dengannya rupa-rupanya menyebarkan fitnah mengenai dirinya.
“Bila kita dapat tahu ada orang yang kononnya ‘dekat’ dengan kita, tetapi sebenarnya bawa mulut dan menyebarkan fitnah. Nak kata sedih, iya… tapi sebenarnya lebih kepada kecewa. Allah Maha Esa, akhirnya segalanya terbuka. Amin,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa, selain memberi kata-kata semangat kepada Sarimah.
Bukan itu sahaja, aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura, juga meninggalkan komen di hantaran tersebut, menyatakan bahawa dia pernah mengalami perkara yang sama.
Artikel Berkaitan: Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim ‘Labur’ Wang Cecah RM50,000 Demi Watak Qaidah




