Tiga bot nelayan laut dalam bernilai RM2 juta terbakar

Tiga bot nelayan laut dalam bernilai RM2 juta terbakar

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Tiga bot nelayan laut dalam dianggarkan bernilai RM2 juta hangus dalam kebakaran di sebuah jeti persendirian di Tok Bali, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, ketiga-tiga bot milik nelayan tempatan itu musnah kira-kira 70 peratus.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali, Che Azrul Azmeri Che Abdullah berkata, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadam dalam masa 35 minit bagi mengelakkan api merebak ke tempat lain.

“Kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa kerana bot terbabit dipercayai tersadai untuk tujuan penyelenggaraan atau dibaiki,” katanya dalam kenyataan kepada media, di sini.

Katanya, kira-kira 70 peratus bahagian bot terbakar kerana diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top