Pekarangan SSI masih lengang

Pekarangan SSI masih lengang

firdaushashim@hmetro.com.my

Johor Bahru: Suasana perkarangan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) lengang ketika perlawanan babitkan skuad Harimau Malaya dan Nepal berbaki dua jam untuk dimulakan.

Berdasarkan tinjauan, suasana sendu itu mungkin disebabkan penyokong memilih untuk berbuka puasa terlebih dahulu sebelum hadir ke SSI.

Malah, hujan yang turun pada jam 6 petang turut memberi kesan kepada kehadiran penyokong.

Bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil penyokong dari luar Johor seperti dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka memilih untuk hadir awal dan berbuka di perkarangan SSI.

Begitupun, pihak berkuasa babitkan anggota Polis dilihat sudah bersiap siaga menanti kehadiran penyokong-penyokong pada malam ini.

Marsyal di SSI juga turut membantu dalam melicinkan kemasukan kenderaan di setiap ruang parkir selain di kaunter masuk tiket stadium.

Malaysia bakal memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 tepat jam 10 malam ini. Skuad negara kendalian Peter Cklamovski memburu tiga mata penuh dalam aksi itu sebelum dijadual berdepan dua lagi pasukan dalam kumpulan iaitu Vietnam dan Laos pada Jun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top