PEMIMPIN HAMAS Ismail Barhoum yang juga ahli Biro Politik HAMAS telah terkorban berikutan serangan udara tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas Hospital al-Nassar di Khan Younis yang menyasarkan beliau yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. [1]
Tentera penjajah rejim Zionis Israel telah mengepung kawasan Tel al-Sultan di Rafah, Semenanjung Gaza yang menyebabkan lebih 50,000 warga Palestin terperangkap dengan warga Palestin yang cedera dibiarkan dibiarkan mati begitu sahaja setelah mengeluarkan notis kepada warga Palestin untuk mengosongkan kawasan tersebut sambil helikopter tentera penjajah rejim Zionis Israel menembak sesuka hati ke arah warga Palestin yang sedang bergerak keluar dari kawasan tersebut. [2]
Sejak awal pagi semalam, seramai 32 orang warga Palestin terkorban dengan puluhan lagi dilaporkan cedera berikutan serangan udara ganas tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas khemah penempatan sementera dan kediaman warga Palestin di sekitar Semenanjung Gaza. [3]
Sekurang-kurangnya 5 orang warga Palestin terkorban dengan beberapa orang lagi dilaporkan cedera apabila tentera penjajah rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas Hospital al-Nassar di Khan Younis, Semenanjung Gaza. [4]
Tentera penjajah rejim Zionis Israel melaporkan bahawa ia telah memintas dua buah roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza yang menyasarkan penempatan haram Yahudi di Sderot dan kawasan sekitarnya. [5]
Negara haram Israel sedang menubuhkan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan negara haram Israel yang akan mengawasi ‘imigrasi sukarela’ warga Palestin di Semenanjung Gaza selepas kabinet keselamatan negara haram Israel meluluskan penubuhannya pada hujung minggu lalu. [6]
Rejim penjajah Zionis Israel sedang mengejar masa melaksanakan strateginya untuk mengambil alih Tebing Barat. [7]
Kabinet Keselamatan negara haram Israel meluluskan rancangan untuk memisahkan dan mengiktiraf 13 pos penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dalam usaha untuk ‘merampas’ Tebing Barat daripada warga Palestin yang kini telah dinamakan sebagai ‘Judea and Samaria’. [8]
Morgan Ortagus, Timbalan Utusan Khas Amerika Syarikat ke Asia Barat dalam temuramahnya dengan Fox News menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah ‘membebaskan’ rejim Zionis Israel dengan memberikan semua senjata yang diperlukan untuk meneruskan perangnya di Semenanjung Gaza. [9]
Kaja Kallas, Ketua Polisi Luar Negara Kesatuan Eropah menekankan bahawa Kesatuan Eropah tidak melihat peranan HAMAS dalam tadbir urus Semenanjung Gaza di masa hadapan dan menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai masa hadapan Semenanjung Gaza bagi membantu mencapai keamanan jangka panjang. [10]
Mesir telah mencadangkan pelan baharu untuk memulihkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan HAMAS dan Amerika Syarikat telah bersetuju dengan cadangan Mesir namun rejim penjajah Zionis Israel masih tidak memberikan sebarang maklum balas. [11]
Menteri Luar negara haram Israel Gideon Saar berkata negara haram Israel tidak mahu berkonfrantasi dengan Turkiye di Syria atau di mana-mana sahaja dengan Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat dengan pegawai keselamatannya membincangkan perkembangan pengaruh Turkiye selepas kejatuhan Basyar al-Assad. [12]
Pihak berkuasa Turkiye telah menahan lebih 1,300 warga Turkiye yang terbabit dalam demonstrasi sejak 5 hari lalu berkutan penahanan bekas Datuk Bandar Istanbul Ekram Imamoglu. [13]
Tentera Sudan telah mengambil alih Bank Pusat Sudan, beberapa buah bangunan penting termasuk kawasan-kawasan penting di Khartoum. [14]
‘Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin’
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 26/3/2025
Rujukan:
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!








